Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidkan Negeri Johor telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Pemantauan VLE dan 1BestariNet di sini selama 3 hari. Bengkel yang bermula pada 7 April, ini melibatkan 45 pegawai daripada Pusat Kegiatan Guru Negeri Johor.

20150122_085029

Mesyuarat Pengurusan BTPN / PKG Johor Bil.1 / 2015 telah diadakan di Bilik Gemilang BTPN Johor pada 20 hingga 22 Januari. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh YBhg. Datin Che Normadiah Binti Hj Che Abbs, Ketua Penolong Pengarah,  BTPN Johor dan semu pegawai BTPN / PKG Johor.20150122_085002
20150122_092330

JAN AUDIT BTPN JOHOR

Posted: 01/14/2015 in Aktiviti

Semalam, 13 Januari, Jabatan Akauntan Negeri Johor telah menjalankan pengauditan kewangan di BTPN Johor. Pengauditan tersebut diketuai oleh Puan Farah Azila binti Hashim. Proses pengauditan di BTPN Johor ini berjalan dengan lancar bermula dari 8.00 pagi.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah mengadakan Mesyuarat Task Force VLE bagi membincangkan Pelan Tindakan Peningkatan Penggunaan VLE dalam PdP di sekolah-sekolah. Mesyuarat tersebut yang diadakan di BTPN Johor pada 13 Januari, dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd Rizal bin Abu Samah, Ketua Unit PIM. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, wakil Sektor SPM, Sektor SPA dan Sektor SPK Jabatan Pendidikan Johor.

Mesyuarat Pengurusan BTPN Johor Bil.1/2015 telah dilaksanakan pada 11 Januari, di sini. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Datin Hjh Che Normadiah binti Hj Che Abbas, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 6 Januari, 2015. Azhari bin Suboh, selaku Ketua Unit telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Antara agenda yang diperbincangkan ialah Sasaran Kerja Tahunan 2015 di mana lebih berfokuskan kepada prasarana ICT sekolah.

penting dibacaSalam Maufakat Johor.
Assalammualaikum,
Diharapkan Unit ICT dan Unit PSP sila kemaskini bahagian masing-masing dengan penambahan nama sekolah menengah.
Pihak PKG sila pastikan pihak sekolah mengisi dengan tepat terutama bilangan komputer di sekolahnya yang digunakan untuk PdP. Di bahagian bilangan komputer di Makmal Komputer bolehlah dicatat jumlah komputer yang ada di sekolah walaupun dari sumbangan luar.
Pengisian ini juga telah dipanjangkan kepada JPNJ untuk rujukan bersama. Kerjasama semua amat dihargai.
Sila klik di sini:
Terima kasih.
Datin Che Normadiah binti Hj Che Abbas
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor