Amanat KPP

PERUTUSANAkak_Datin
KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera, salam 1Malaysia, dan salam 1BestariNet.

Selamat datang ke portal Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ) merupakan salah satu daripada lima belas (15) rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia, yang meneraju bidang teknologi dalam pendidikan di peringkat negeri. Bahagian ini bertanggungjawab untuk memastikan teknologi pendidikan diintegrasi dan digunakan secara berkesan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah.

Antara inisiatif utama BTP ialah Sekolah Bestari, salah satu daripada tujuh aplikasi utama dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PDP) serta pengurusan sekolah melalui penggunaan teknologi pendidikan termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai dengan perkembangan semasa, yang bertujuan meningkatkan minat, kreativiti, pengetahuan dan kemahiran murid, bermula pada tahun 1999.

Kini, konsep Sekolah Bestari diperluaskan ke semua sekolah melalui program Pembestarian sekolah yang dengan mengambil kira manfaat (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedang dilaksanakan oleh KPM. Proses ini dijalankan secara berterusan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah serta PDP secara interaktif berasaskan ICT.

Antara inisiatif ICT yang sedang dijalankan oleh KPM ialah Projek 1BestariNet, pembangunan laman pembelajaran persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment – VLE), rancangan pendidikan melalui web (EduWebTV), Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Makmal Pengkomputeran, pembangunan bahan bagi menyokong program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Pusat Akses Sekolah, Pusat Sumber Sekolah, Literasi Maklumat, Kemahiran Abad Ke-21 dan lain-lain inisiatif.

Justeru, portal ini mengandungi pelbagai maklumat terkini yang berkaitan fungsi dan peranan BTP KPM selaku peneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan serta memudahcara pelaksanaan dan pemantauan inisiatif –iniasiatif yang disebutkan di atas.
Saya amat berharap agar portal ini dapat memberi manfaat kepada anda. Pihak kami sentiasa mengalu-alukan pandangan dan maklum balas positif untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan teknologi pendidikan dan seterusnya menjadikan BTPNJ sebuah organisasi yang produktif, efektif dan efisien.

Sekian, terima kasih.
DATIN CHE NORMADIAH BINTI HJ CHE ABBAS
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s