Amanat KPP : Sumbangan Mangsa Banjir

Akak_DatinSALAM PERMUAFAKATAN JOHOR.

Assalammualaikum adik-adik Akak yang dikasihi.

BTPN Johor sedang mengutip derma sumbangan dari kita semua serta dari warga persekitaran BTPNJ. Sumbangan yang digalakkan adalah bahan-bahan makanan kering/tin seperti air mineral , beras dan keperluan peribadi seperti pampers, sabun, tuala, kain pelekat/batik, stokin dan dll. Pakaian terpakai tidak digalakkan tetapi selimut, cadar, toto amat dihargai. Jika ada yang ingin menderma pakaian terpakai sila pastikan ianya masih elok dan agihkan mengikut kategori(perempuan/lelaki/jenis/utk umur)

Tabung kutipan wang juga boleh disediakan. PKG boleh menyediakan 1 tabung tetapi sila sediakan satu surat kebenaran kutipan dan dapatkan pengesahan dari Balai Polis yang terdekat. Semua kutipan bolehlah diserahkan kepada BTPNJ pada hujung bulan Januari 2015.

Semua kutipan ini akan diagihkan dan diserahkan kepada BTPN Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ramai warga BTPN kita telah kehilangan rumah kediaman dan juga harta benda.

Marilah kita sama-sama membantu. Nasib esok kita, kita sendiri tidak tahu. Syukurlah kita masih sihat dan keluarga kita mempunyai keperluan terbaik buat masa ini.

Kerjasama semua diucapkan ribuan terima kasih.

Datin Che Normadiah binti Hj Che Abbas
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

No Telefon: 019-2375667, 07-5581893

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s